Hujan batu


Lentikmu mengabu kelabu
Tubuhmu, terseok haru membiru
Kemudian jemari hijaumu rontok satu-persatu

Hujankah rindu?
Apa sekadar pisau dan batu?
-begitu katamu.

Ini adalah pagi yang hening
dan kita telah sibuk masing-masing
oleh badai yang ditunggangi seekor anak kucing.

Lalu pelbagai hal saling tanya menanya
Lalu pelbagai hal saling lupa-
saling melupakan semua.

Tahukah, sayang?
hujan kali ini: rinduku yang membatu.
-begitu jawabku.


Dyon.
2016


Comments

Popular Posts